KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan seramai 38 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi bersaingan di Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas yang bermula semalam hingga hari ini.
Pengarah JIM negeri, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, dalam operasi tersebut warganegara Bangladesh menjadi PATI yang paling ramai ditahan iaitu seramai 32 orang.
“Selebihnya warganegera Indonesia (4) dan Myanmar (2). Kesemua PATI yang ditahan itu masing-masing berusia antara 20 hingga 61 tahun.
“Kesemua warga asing itu kini ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Mohamed Yusoff memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.-UTUSAN