235 mangsa kebakaran terima khidmat kaunseling

235 mangsa kebakaran terima khidmat kaunseling

NANCY Shukri menyantuni mangsa insiden letupan dan kebakaran saluran paip gas di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights, Subang Jaya, semalam. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Seramai 235 mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights di sini mendapatkan khidmat kaunseling di Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) sejak ia mula beroperasi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Masjid Putra Heights, Selasa lalu.

Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, daripada jumlah itu, terdapat beberapa kes mangsa yang mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) akibat tragedi itu.

Bagaimanapun, katanya, jumlah mangsa yang mengalami trauma itu tidak terlalu ketara kerana hanya sekitar dalam satu peratus sahaja.

“Kalau kes yang betul-betul teruk, mereka sudah berada di hospital. Sebagai contoh, ada satu kes melibatkan seorang anak yang tidak mempunyai tempat tinggal. Ibu bapa dan kesemua adik beradiknya dimasukkan ke hospital.

“Jadi, kita dapat tahu dia memerlukan wang seperti duit tambang pengangkutan untuk berulang alik ke hospital melawat keluarga. Kita mendengar setiap masalah dan menyantuni mereka sebaiknya,” katanya ketika ditemui di PPS Masjid Putra Heights, di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan mangsa lain yang memerlukan sokongan emosi untuk hadir mendapatkan perkhidmatan kerana seramai 10 kaunselor dari kementerian turut ditempatkan secara bergilir dalam tiga syif setiap hari di PPS.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya