1,000 mangsa dijangka terjejas akibat banjir di Petaling, Klang

1,000 mangsa dijangka terjejas akibat banjir di Petaling, Klang

Mangsa banjir
MOHD. Najwan Halimi meninjau rumah-rumah yang dinaiki air dekat Kampung Padang Jawa, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kira-kira 1,000 mangsa dijangka terjejas akibat banjir di sekitar daerah Petaling dan Klang apabila lebih 200 keluarga dilapor berpindah ke enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan bencana bah yang melanda ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bencana Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, pihaknya masih menjalankan pendaftaran mangsa-mangsa di PPS di kawasan yang terjejas dan akan mengetahui jumlah sebenar selepas proses tersebut selesai.

“Unit Pengurusan Bencana Selangor akan maklumkan jumlah rasmi mangsa terjejas sebaik sahaja kaunter pendaftaran jumlah mangsa dibuka di PPS. Setakat ini, kami buka PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 16, dan Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 28 di Shah Alam.

“Sekiranya jumlah mangsa meningkat, kami akan buka PPS lagi,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di Padang Jawa, di sini, hari ini.

Tambahnya, selain kejadian banjir, bencana lain turut dilaporkan berlaku iaitu tanah runtuh di Gombak yang melibatkan pembukaan PPS di Dewan Balai Raya Batu 12. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya