10 lokasi aktif penyeludupan diperairan Kelantan dikenal pasti

10 lokasi aktif penyeludupan diperairan Kelantan dikenal pasti

ERWAN Shah Soahdi (kanan) semasa meraikan jemputan Majlis Sambutan Aidilfitri Warga Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi. UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan sudah mengenal pasti 10 kawasan perairan di negeri ini yang menjadi lokasi penyeludupan termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan rokok putih tanpa cukai.

Pengarahnya, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, kawasan itu itu dikesan aktif susulan Polis Kelantan menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di sepanjang Sungai Golok pada 1 Disember lalu dan mengetatkan kawalan sekali gus menyaksikan penyeludup terpaksa mengubah haluan mereka.

Menurutnya, muara sungai di Pengkalan Kubor, Kota Bharu dan Tok Bali antara lokasi yang dikenal pasti menjadi pilihan sindiket penyeludupan berpandukan kepada kejayaan dan hasil tangkapan sebelum ini.

“Penyeludup semakin licik, apabila mereka bertindak menggunakan kereta kecil sebagai alternatif kepada lori bagi mengurangkan risiko kerugian besar sekiranya ditahan pihak berkuasa.

“Modus Operandi (taktik) itu dikesan susulan beberapa tangkapan yang dilakukan pihak berkuasa baru-baru ini, membuktikan bahawa sindiket penyeludupan sentiasa mencari jalan untuk mengaburi mata pihak penguat kuasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Warga Maritim Kelantan di Tok Bali, di sini malam tadi.

Irwan Shah memberitahu, sindiket penyuludupan turut menggunakan bot pancung berkelajuan tinggi dan memancing untuk membawa PATI dan rokok seludup sekali gus menggelakan aktiviti mereka itu dikesan oleh pihak berkuasa.

Katanya, selain itu kumpulan penyeludup turut mempunyai ‘tonto’ untuk memantau pergerakan pasukan penguat kuasa.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya