Zakat Fitrah RM15 bagi umat Islam makan beras putih import

Zakat Fitrah RM15 bagi umat Islam makan beras putih import

Zakat Fitrah
MUHD. Fikri Naim Harun (tengah) bergambar bersama penerima zakat pada Majlis Iftar Bersama Muzakki dan penyerahan Zakat Ramadan di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Umat Islam di Selangor yang memakan beras putih import susulan berlaku masalah bekalan beras putih tempatan dinasihatkan membayar zakat fitrah pada kadar RM15.

Ketua Divisyen Kutipan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Muhd. Fikri Naim Harun berkata, penyelesaian demikian disarankan berikutan berlaku masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran.

Menurutnya, ketika itu umat Islam tidak mempunyai pilihan lain selain membeli beras putih import sebagai sumber makanan.

“Kalau mengikut kadar zakat fitrah 2024 beras tempatan sahaja yang harganya RM7 seorang, tetapi untuk tahun 2025 bagi kadar RM7 adalah beras putih tempatan dan juga beras putih import.

“Ini merujuk kepada dapatan yang kita terima daripada pihak kerajaan, beras yang menjadi pilihan rakyat Malaysia sekarang adalah beras tempatan dan juga import.

“Tapi kita juga sedar bahawa ia bukanlah pilihan rakyat tetapi kerana kita mengalami masalah kekurangan beras tempatan di pasaran, jadi ia menyebabkan rakyat terpaksa memilih untuk membeli beras import,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar Bersama Muzakki dan Penyerahan Zakat Ramadan (IMTIYAZ) 2025, malam tadi.

Jelasnya, pihaknya berharap umat Islam yang biasa makan nasi dengan beras import membayar zakat dengan kadar kedua tersebut tanpa mengira semasa krisis bekalan atau sebaliknya.

“Untuk tahun ini, pembayaran tiga kadar zakat fitrah diteruskan melibatkan kadar RM7 untuk beras tempatan dan import manakala kadar RM15 untuk beras putih import, beras merah, beras perang, beras pulut dan beras wangi.

“Bagi kadar fitrah RM22 untuk umat Islam yang memakan beras Basmati,beras Jepun dan beras Herba Ponni,” jelasnya.

Mengulas mengenai sasaran kutipan zakat tahun ini beliau berkata, sebanyak RM208 juta disasarkan untuk dikutip sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Kata Muhd. Fikri lagi , daripada jumlah sasaran tersebut, RM163 juta dijangka dikutip menerusi zakat harta, manakala RM45 juta menerusi zakat fitrah.

“Sasaran ini sejajar dengan usaha LZS dalam memperluaskan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Terdahulu, sebanyak 40 syarikat termasuk dua individu menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM7,994,275.80.

PHB Asset Management Berhad mencatat jumlah bayaran zakat tertinggi sebanyak RM1,861,000, diikuti KPJ Healthcare Berhad (Wilayah Selangor) sebanyak RM1,848,000 Alliance Islamic Bank Berhad sebanyak RM600,000 dan Solar Gas Sdn. Bhd. sebanyak RM483,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya