Warga emas meninggal dunia selepas tunai solat sunat di masjid

Warga emas meninggal dunia selepas tunai solat sunat di masjid

JEMAAH memeriksa keadaan selepas Mokhtar Abdul Rahman selepas meninggal dunia semasa sedang bersiap untuk menunaikan solat Isyak di Masjid Mukim Padang Mokkan, Kota Bharu, kelantan-IHSAN PENDUDUK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kematian yang dicemburui. Itulah yang berlaku ke atas seorang warga emas selepas selesai menunaikan solat sunat dan bersiap sedia untuk solat Isyak serta tarawih berjemaah di Masjid Mukim Padang Mokkan, Peringat di sini malam tadi.

Mangsa, Mokhtar Abdul Rahman, 76, menghembuskan nafas terkahirnya pada pukul 8.20 malam semasa berada di atas kerusi saf paling depan.

Bendahari Masjid Mukim Padang Mokkan, Mohd. Azuan Mat, 43, dia menyedari arwah meninggal dunia selepas mendapati kepalanya terkulai semasa berada di kerusi sementara menunggu solat isyak.

Menurutnya, dia cuba mengejutkan arwah beberapa kali selepas melihatnya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya bersama jemaah lain mengangkat arwah Mokhtar turun dari kerusi sebelum mendapati warga emas itu sudah tidak bernyawa.

“Wang kertas RM5 turut berada di dalam genggamannya untuk diisi ke dalam tabung masjid,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Azuan memberitahu, arwah Mokhtar tidak pernah terlepas bersedekah untuk tabung masjid setiap kali hadir berjemaah di masjid berkenaan terutamanya pada bulan Ramadan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya