WASHINGTON: Rumah Putih memaklumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menjalani pemeriksaan fizikal tahunan dalam masa terdekat. Trump, 78, berpotensi menjadi presiden tertua dalam sejara AS selepas dilantik kembali untuk penggal kedua pada 20 Januari lalu. “Presiden Donald J. Trump akan melengkapkan pemeriksaan fizikal tahunannya bulan depan di Pusat Perubatan Ketenteraan Nasional Walter Reed. “Tarikh pemeriksaan fizikalnya akan diumumkan kepada umum dalam beberapa minggu akan datang,” kata Rumah Putih dalam pengumuman, semalam. Kenyataan itu ditandatangani oleh doktor Trump, Sean Barbabella, seorang doktor tentera berpengalaman serta pernah berkhidmat di Afghanistan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya