Tungkus-lumus padam ladang kelapa terbakar - Utusan Malaysia

Tungkus-lumus padam ladang kelapa terbakar

BERPUASA tidak menghalang anggota bomba memadam kebakaran ladang kelapa Kampung Bukit Palas, Gebeng di Kuantan, Pahang. – UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Meskipun sedang menjalani ibadah puasa, seramai 70 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng serta 10 balai lain di bawah Zon 1, di sini tetap bertungkus-lumus memadam kebakaran di ladang kelapa Kampung Bukit Palas, Gebeng yang berlarutan sejak 11 hari lalu.

Sehingga semalam, kebakaran yang melibatkan kawasan seluas 130 hektar itu masih dalam proses pemadaman de­ngan baki 78.6 hektar lagi perlu dikawal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng, Timbalan Penguasa Bomba II Zahidah Ali berkata, kebakaran ladang kelapa berkenaan pernah berlaku sekitar 2019 namun tidak sesukar dihadapi sekarang.

Katanya, pemadaman kali ini menghadapi cabaran besar berikutan keadaan cuaca panas di samping berlaku menjelang Ramadan selain akses ke lokasi yang terhad.

“Sebelum ini kebakaran ha­nya di bahagian tepi dan masih boleh diakses. Kali ini, kami terpaksa membuka laluan sendiri dengan bantuan jentera ladang kerana tiada akses sedia ada.

“Selain itu, kekuatan anggota juga terhad kerana kebakaran turut berlaku di lokasi lain di negeri ini, menyebabkan sebahagian anggota dipinjamkan ke kawasan lain,” katanya semalam.

Zahidah yang sudah berkhid­mat selama 35 tahun turut berkongsi pengalaman sebagai satu-satunya pegawai wanita yang mengetuai operasi ber­kenaan.

“Memang mencabar memandangkan ada antara anggota dari balai lain yang tidak biasa dengan ketua wanita, tetapi anggota di sini boleh mengikut arahan dengan baik.

“Mereka juga setakat ini kekal berpuasa dan menjalankan kerja dengan dedikasi,” katanya memberitahu hampir semua anggota terlibat telah berada di lokasi selama 11 hari tanpa sempat berbuka puasa bersama keluarga,” katanya.

Pegawai Bomba Kanan I, Mohd. Hilmi Jalaudin, 55, pula berkata, pengalaman lebih tiga dekad dalam bidang ini banyak membantunya dalam menguruskan situasi kebakaran terbuka yang kompleks.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya