WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan penelitian dibuat berhubung kemungkinan tarif ke atas import kayu, selain menggesa peningkatan bekalan domestik. Kelmarin, Trump menandatangani satu lagi perintah eksekutif yang mengarahkan Setiausaha Perdagangan, Howard Lutnick untuk memulakan siasatan bagi menentukan kesan import kayu, papan dan produk berkaitannya terhadap keselamatan negara. Kajian itu mungkin mendorong kepada pelaksanaan tarif baharu, yang menambah beban ke atas levi sedia ada. Penelitian itu menyasarkan pengeksport seperti Kanada, Jerman dan Brazil, dengan pegawai Rumah Putih sebelum ini, menuduh negara tersebut membuang lebihan kayu ke dalam pasaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya