WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ketenteraan berskala besar terhadap Houthi di Yemen, sekutu dengan Iran, berikutan serangan kumpulan itu terhadap perkapalan di Laut Merah. Serangan ketenteraan pertama yang dilancarkan pentadbiran Presiden, Donald Trump itu dilaporkan sudah membunuh sekurang-kurangnya 31 orang dan dikhuatiri berlanjutan selama beberapa minggu. Trump turut memberi amaran kepada Iran untuk segera menghentikan sokongan kepada kumpulan itu selepas meneruskan operasi ketenteraan terbesar AS di Asia Barat sejak beliau memegang jawatan pada Januari. Pegawai AS memaklumkan Trump kini memberi kuasa untuk pendekatan yang lebih agresif terhadap kumpulan itu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya