TMM 2026: Tingkat kekerapan penerbangan, tambah laluan baharu

TMM 2026: Tingkat kekerapan penerbangan, tambah laluan baharu

kunyit hitam
NICOLE Tan Lee Koon (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada wakil agensi pada Sesi Libat Urus Tourism Malaysia Bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri Sembilan di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan terus bekerjasama dengan syarikat-syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara ini sebagai langkah merancakkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 

Ketua Setiausahanya, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, kemudahcapaian untuk ke negara ini pastinya menyokong aktiviti pemasaran dan promosi yang telah dirancang menerusi kempen berkenaan bagi usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi wajib dikunjungi.

“Pihak kementerian akan terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Pengangkutan, Malaysia Airports Holdings Berhad, serta syarikat-syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa.

“Ia bagi meningkatkan kekerapan penerbangan, membangunkan laluan baharu, dan menambahkan kapasiti tempat duduk dari pasaran utama seperti Asia Barat, China, India, Korea Selatan dan pasaran yang kini sedang berkembang seperti Asia Tengah,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Sesi Libat Urus Tourism Malaysia Bersama Penggiat Industri Pelancongan Negeri Sembilan di Port Dickson hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Negeri Sembilan mempunyai pelbagai produk pelancongan menarik seperti inap desa yang boleh diketengahkan dan dimasukkan sebagai produk sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Produk inap desa sememangnya mempunyai potensi disebabkan pelancong luar negara mahu merasai keunikan, kebudayaan, makanan dan tempat tinggal masyarakat di luar bandar.

“Kebanyakkan inap desa ni berada di Selangor, kalau di Sabah dan Sarawak, inap desanya lebih kepada rumah panjang,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon pula berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha memperkenalkan inap desa di negeri ini kepada pelancong antarabangsa.

“Baru-baru ini kami bawa 500 pelancong dari China pergi ke inap desa D’Pelandok Best. Mereka cukup seronok  dapat tinggal di sana dan merasai sendiri pengalaman memasak makanan tradisional serta yang paling menarik turut sama ke kenduri perkahwinan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya