Tiga maut, empat cedera nahas lima kenderaan di Bentong - Utusan Malaysia

Tiga maut, empat cedera nahas lima kenderaan di Bentong

ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuantan berhampiran Kampung Lentang di Bentong, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Suasana di Kilometer 50.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuantan bertukar pilu petang tadi apabila tiga nyawa melayang dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan berhampiran Kampung Lentang di sini.

Nahas yang berlaku itu turut mengakibatkan empat individu termasuk dua kanak-kanak cedera.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Razam Taja Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4. 55 petang sebelum mengerahkan 10 anggota bersama tiga jentera ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba dilokasi, komander operasi melaporkan kemalangan itu melibatkan sebuah lori lima tan, sebuah Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan Subaru.

“Tiga mangsa dalam Honda Accord, terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Razam, seorang wanita bersama dua kanak-kanak yang turut berada dalam Honda Accord serta pemandu lori mengalami kecederaan.

“Manga yang cedera diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Bentong menggunakan jentera EMRS. Sementara lapan mangsa yang berada dalam tiga kenderaan lain dilaporkan terselamat.

“Operasi menyelamat dilakukan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap dalam kenderaan.

Beliau berkata, mayat mangsa yang maut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN