Tiga lelaki bersenjata rompak kedai emas di Nilai - Utusan Malaysia

Tiga lelaki bersenjata rompak kedai emas di Nilai

ANGGOTA polis melakukan siasatan ke atas kedai emas yang terbabit dalam kejadian rompakan di sebuah pasar raya di Nilai, Seremban malam tadi. - UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Tiga penjenayah bertindak melarikan sejumlah barang kemas dalam kejadian rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Nilai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, polis menerima panggilan melalui MERS 999 dari pemanggil seorang wanita yang memaklumkan terdapat kejadian rompakan berkumpulan disyaki menggunakan senjata api.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian rompakan tersebut berlaku pada lebih kurang pukul 8.36 malam. 

“Suspek disyaki seramai tiga orang lelaki dengan menaiki sebuah kenderaan yang mana dua suspek masuk ke dalam premis manakala seorang suspek menunggu di dalam kereta. Seorang suspek disyaki menggunakan senjata api semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di sini. 

Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut dan jumlah kerugian masih dalam penilaian. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di nombor 06-7904222,” katanya. 

Video kejadian rompakan yang berlaku tersebut turut tular di media sosial apabila ia sempat dirakam orang ramai.

Difahamkan, kejadian rompakan tersebut merupakan kali ketiga membabitkan kedai emas yang sama.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya