Tiga beradik yatim harap dapat ziarah kubur ibu - Utusan Malaysia

Tiga beradik yatim harap dapat ziarah kubur ibu

TIGA beradik yatim piatu bersama ibu saudara mereka, Nurshahira (kanan) pada majlis berbuka puasa anjuran Taiping Perdana Hotel & Suite di Taiping, Perak, kelmarin. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Sejak ibu mereka me­ninggal dunia empat tahun lalu. tidak sekali pun tiga adik beradik di Kamunting di sini dapat menziarahi kubur insan disa­yangi itu mereka itu yang dikebumikan di Kuantan, Pahang.

Lebih memilukan, ketiga-tiga mereka iaitu, Nur Alia Farhana Khirul Adlan, 17, Nurul Huda, 14, dan Nurul Husna, 12, juga tidak dapat menghadiri pengebumian ibu mereka ketika negara pada ketika itu.

Nur Alia Farhana berkata, rasa rindu kepada ibunya begitu dirasakan oleh dia dan dua adiknya yang lain terutama pada bulan Ramadan ketika ini.

Sehubungan itu, dia dan adik-adiknya yang kini tinggal bersama ibu saudara, begitu berhasrat untuk menziarahi kubur ibu mereka tersebut.

“Ibu meninggal dunia empat tahun lalu di Kuantan akibat komplikasi tekanan darah tinggi, ketika itu wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, jadi kami tiga beradik tidak boleh merentas negeri untuk hadir ke pengebumian ibu.

“Sejak ibu meninggal dunia dan dikebumikan di Kuantan, kami tidak pernah menziarah kubur ibu kerana masalah kewangan. Kami hanya mampu teringatkan masakan ibu dan kenangan saat semasa berbuka puasa dengannya.

“Setiap kali rasa rindu, kami hanya dapat menziarahi kubur ayah yang dikebumikan di sini namun kami bertiga masih belum berkesempatan untuk menziarahi kubur ibu di Kuantan,” katanya.

Tiga beradik itu antara yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim, asnaf dan orang kurang upaya (OKU) anjuran Taiping Perdana Hotel & Suite di sini.

Sebelum kematian ibu mereka empat tahun lalu, tiga beradik itu juga kehilangan bapa mereka yang maut dalam kemalangan jalan raya jalan raya kira-kira 13 tahun lalu.

Kini tiga beradik itu dijaga ibu saudara mereka, Norshahira Adnan, 25, yang tinggal di Kampung Pinang, Kamunting di sini.

Sementara itu, Norshahira berharap agar anak saudaranya itu dapat menziarahi pusara ibu mereka apabila dia dikurniakan rezeki kewangan yang mencukupi kelak.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya