Tiada unsur pengabaian dalam kematian Hud-Polis - Utusan Malaysia

Tiada unsur pengabaian dalam kematian Hud-Polis

MOHD. YUSOFF MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis mengesahkan tiada unsur pengabaian dalam kematian Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi, kanak-kanak berusia 19 bulan yang ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ke Sungai Kerilla, Tanah Merah dekat sini pada minggu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil keterangan diambil ke atas lima individu iaitu ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudara kepada kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, siasatan dibawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 masih berjalan.

“Kita akan mengambil keterangan individu lain sekiranya terdapat saksi baru dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, polis akan mengambil keterangan terhadap ibu dan bapa kepada Hud Aryan Mohd. Nur Hafifi yang ditemukan lemas selepas tersangkut atas pokok kawasan Sungai Kerilla, Tanah Merah.

Mohd. Yusoff berkata, siasatan itu untuk melihat samada berlaku kecuaian atau tidak dalam kes berkenaan selepas laporan bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah.

Terdahulu, jasad Hud Aryan yang hilang di rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga, 24 Februari lalu akhirnya dijumpai lemas selepas dihanyutkan arus ke Sungai Kerilla dekat sini kira-kira pukul 4.15 petang.

Mayat itu dijumpai lengkap berpakaian oleh anggota bomba kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya