Tiada kemeriahan Aidilfitri buat nelayan Sungai Lereh

Tiada kemeriahan Aidilfitri buat nelayan Sungai Lereh

ZAHNUDIN Aluwi menunjukkan gambar ikan mati dalam kejadian pencemaran pada Februari lalu ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Sungai Lereh, Klebang, Melaka. - UTUSAN/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sambutan Hari Raya Aidilfitri kira-kira 85 nelayan di Pangkalan Nelayan Sungai Lereh di sini tidak lagi semeriah dahulu, selepas pendapatan mereka terjejas susulan pencemaran sungai yang semakin kritikal.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, nelayan, Ahmad Omar, 60, berkata, dia meraikan hari lebaran secara sederhana memandangkan pendapatan bulanannya merosot lebih 40 peratus sejak dua tahun lalu.

Katanya, dia sendiri runsing memikirkan hasil tangkapan seperti udang galah, ketam dan ikan belanak yang semakin berkurangan dipercayai berpunca daripada kualiti air su­ngai yang tidak sihat.

“Sebelum ini boleh dapat pendapatan bersih sehingga RM4,000 sebulan tetapi sekarang sekitar RM2,000 sahaja, itu belum lagi ditolak kos membeli peralatan yang rosak. Keadaan ini menyebabkan saya sukar menabung kerana tiada lebihan pendapatan.

“Hendak sambut raya pun kena tengok (lihat) bajet yang ada memandangkan kuasa beli yang semakin terhad. Saya dahulukan persiapan yang pen­ting untuk keluarga tetapi kalau mahu meriah macam dulu agak sukar,” katanya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan, pencemaran Sungai Lereh semakin tidak terkawal selepas 11 lagi aduan dibuat oleh komuniti setempat terutama nelayan bagi tempoh November tahun lalu hingga awal bulan ini.

Sementara itu, seorang lagi nelayan, Zahnudin Aluwi, 55, mengakui, hasil tangkapan yang semakin berkurangan mempe­ngaruhi perbelanjaannya men­je­lang lebaran.

Menurutnya, sebelum Sungai Lereh tercemar dia memperoleh pendapatan antara RM200 dan RM300 sehari.

“Sekarang hendak dapat RM60 sehari pun sukar kerana banyak ikan mati. Segelintir rakan nelayan mula rasa berputus asa dan berkira-kira mahu mencari pekerjaan lain.

“Saya sukar membuat persiapan raya jika keadaan sekarang berlarutan untuk satu tempoh yang tidak pasti. Walaupun Hari Raya Aidilfitri disambut tetapi kemeriahannya semakin hilang,” ujarnya. – UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya