Ternakan rusa sambarkurangkan konflik manusia dengan Harimau Malaysia - Utusan Malaysia

Ternakan rusa sambarkurangkan konflik manusia dengan Harimau Malaysia

AHMAD Maslan (tengah) memberi makanan kepada rusa sambar yang berada di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Projek ternakan Rusa Sambar untuk dijadikan sebagai makanan kepada Harimau Malaya di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) di sini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengurangkan konflik antara manusia dengan haiwan liar berkenaan.

Langkah itu sekali gus menggelakan harimau daripada masuk ke kawasan penempatan penduduk untuk mencari makanan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek menaik taraf PKHL milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menelan belanja sebanyak RM3.32 juta itu dijangka siap Januari tahun depan.

“PPHL ini dibangunkan di atas kawasan seluas 38 hektar. Ketika ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang giat melaksanakan tempat pembiakan Rusa Sambar. Projek yang pada 29 Julai tahun lalu itu sudah mencapai status kemajuan projek sebanyak 21 peratus.

“Skop projek ini ialah penyediaan pagar perimeter luar ‘cyclone’ dan ‘barbed wire’ sekeliling sempadan kawasan. Penyediaan kawasan berpagar ‘cyclone’ bagi 21 padok termasuk ‘runway’ rusa yang melibatkan kerja perobohan pagar padok rusa sedia ada, pembinaan menara tinjau dan 47 unit tempat menyorok anak rusa,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan di PHKL di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, kemudahan asas lain seperti fasiliti penyimpanan makanan, palung minuman, tandas, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrikal turut dibina bagi melengkapkan lagi pusat berkenaan.

Katanya, beliau difahamkan apabila siap nanti PHKL dapat menempatkan sebanyak 150 ekor induk Rusa Sambar dengan kadar kelahiran sebanyak 50 ekor setahun.

“Rusa Sambar itu kemudian akan dilepaskan ke habitat asal mereka untuk dijadikan makanan kepada Harimau Malaya yang secara tidak langsung membantu menyelesaikan konflik manusia dan haiwan liar,”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya