Tekong lari, PATI warga Pakistan dicekup ATM

Tekong lari, PATI warga Pakistan dicekup ATM

PATI warganegara Pakistan yang ditahan selepas cuba pulang ke negara asalnya melalui Thailand musnah selepas dicekup anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejurus tiba di kawasan pangkalan haram di Sungai Golok dekat sini awal pagi tadi.-IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Cubaan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Pakistan untuk pulang ke negara asalnya melalui Thailand musnah selepas dicekup anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejurus tiba di kawasan pangkalan haram di Sungai Golok dekat sini awal pagi tadi.

Lelaki berkenaan ditahan pada pukul 1.20 pagi selepas ditinggalkan oleh seorang individu yang bertindak sebagai tekong darat dengan perjalanannya untuk masuk ke Thailand melalui pangkalan haram.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, semasa melakukan rondaan rutin anggota bertugas telah mengesan dua lelaki menaiki sebuah motosikal ke arah pengkalan haram di sempadan Sungai Golok.

“Menyedari kehadiran anggota bertugas, kedua-dua lelaki itu cuba melarikan diri. Bagaimanapun, salah seorang daripada mereka berjaya ditahan.

“Seorang lagi suspek sempat melarikan diri ke Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok. Siasatan mendapati, suspek yang ditahan itu merupakan lelaki warga Pakistan dan memaklumkan bahawa dia telah bekerja di Pulau Pinang sejak tahun lalu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang bukti kemasukan dia secara sah ke negara ini yang direkodkan di dalam pasport antarabangsa miliknya.

Katanya, pemeriksaan terhadap lelaki warga Pakistan itu menjumpai visa pelancong ke Thailand yang sah sehingga 7 Mei ini, telefon bimbit, beberapa barangan peribadi dan sebuah motosikal dipercayai milik suspek yang telah berjaya meloloskan diri.

“Suspek turut mendakwa perjalanannya untuk meninggalkan negara ini melalui Thailand telah diuruskan oleh lelaki yang telah melarikan diri.

“Lelaki yang berjaya lolos itu dipercayai bertindak sebagai ejen yang mengaturkan proses kemasukan dan penghantaran PATI ke Malaysia dan Thailand,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, PATI itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di single untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya