Tabung Haji perlu terus bebas penglibatan orang politik

Tabung Haji perlu terus bebas penglibatan orang politik

Tabung Haji
SULTAN Sharafuddin Idris Shah berkenan menyantuni anggota pengurusan Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah pada Majlis Berbuka Puasa Ihya’ Ramadan dan Sumbangan Hari Raya serta perasmian masjid itu, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengurusan dan kepemimpinan Lembaga Tabung Haji (TH) seharusnya bebas daripada penglibatan orang politik supaya ia berterusan dapat berkembang sebagai sebuah institusi atau syarikat yang membantu umat Islam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, baginda menzahirkan kesyukuran apabila TH kini diterajui oleh mereka yang profesional dan berpengalaman dalam menguruskan syarikat berbanding sebelum ini.

“Kesan kepada perubahan pucuk pimpinannya dapat dilihat apabila secara beransur-ansur prestasi Lembaga Tabung Haji telah meningkat dari tahun ke tahun dan pada tahun ini TH mampu untuk memberi dividen terbaik dalam tempoh tujuh tahun kepada pendeposit.

“Beta berharap pengurusan dan pimpinan tertinggi TH hendaklah terus bebas daripada penglibatan orang politik. Beta berdoa agar TH kekal sebagai sebuah institusi dan syarikat Islam yang berjaya dan dapat terus membantu umat Islam untuk mengerjakan haji dan umrah di samping dapat memberikan pulangan dividen yang menguntungkan kepada para pendeposit,” titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa Ihya’ Ramadan, hari ini.

Selain itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan umat Islam supaya belajar memanfaatkan segala sumber maklumat dan komunikasi bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

“Contohnya, masjid dan surau boleh memaksimumkan penggunaan bayaran atas talian seperti QR pay bagi mengutip derma. Zakat juga hendaklah dibayar kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau amil yang dilantik oleh LZS.

“Bahkan, mereka yang mahu menunaikan haji dan umrah hendaklah memastikan pengendali pakej haji dan umrah itu adalah pengendali sah yang dilesen dan diiktiraf oleh TH,” jelas baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya