SYDNEY: Sebuah syarikat Australia mahu mencipta sejarah untuk menjadi yang pertama menanam cendawan di angkasa menerusi misi Fram2 SpaceX, yang dijadual dilancarkan pada awal April. Dalam eksperimen yang dijalankan di atas kapal angkasa Fram2, syarikat FOODiQ Global bercadang untuk menanam cendawan tiram dalam persekitaran mikrograviti. Pelancaran akan dilakukan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida dengan tempoh misi dijangka berlangsung antara tiga hingga lima hari dan eksperimen penanaman cendawan itu akan dijalankan pada hari terakhir oleh pengembara Australia, Eric Philips. Philips akan menjadi individu keempat kelahiran Australia yang menjejakkan kaki ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya