Sultan Selangor serah sumbangan Aidilftri kepada 470 asnaf

Sultan Selangor serah sumbangan Aidilftri kepada 470 asnaf Kuala Selangor

Sumbangan Aidilfitri
SULTAN Sharafuddin Idris Shah menyerahkan sumbangan kepada penerima dekat Masjid Raja Lumu, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM235,000 kepada 470 asnaf di daerah ini.

Sumbangan itu disempurnakan baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Raja Lumu di sini, petang tadi.

Kesemua penerima wang tunai RM500 itu terdiri daripada 220 orang golongan miskin, fakir (128) dan saudara baharu (122).

Sultan Sharafuddin turut berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih 20 rakaat bersama rakyat.

Masjid Raja Lumu yang terletak di Bukit Melawati dan sekitar Pekan Lama Kuala Selangor merupakan Masjid Diraja kesembilan di Selangor.

Masjid itu bersempena nama Sultan Selangor pertama, Raja Lumu atau dikenali sebagai Sultan Salehuddin Shah.

Kuala Selangor merupakan daerah kedua bagi program Ihya Ramadan Sultan Selangor bersama rakyat selepas Sabak Bernam pada minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya