Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UiTM

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UiTM

Berbuka puasa UiTM
SULTAN Sharafuddin Idris Shah beramah mesra dengan warga UiTM dekat Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, di UiTM Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meraikan 600 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada majlis berbuka puasa di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, kira-kira pukul 6.30 petang.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan berjumlah RM6,000 dari Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM sebanyak RM6,000 kepada 30 penerima.

Mereka terdiri daripada 20 pelajar asnaf miskin, enam pelajar dan empat kakitangan
orang kurang upaya (OKU) menerima RM200 setiap seorang.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin juga berkenan menyertai bacaan Yasin dan tahlil khas dipimpin Ketua Unit Imarah Bahagian Hal Ehwal Islam UiTM Shah Alam, Mohd. Faizan Tajuid.

Selain berbuka puasa, baginda berdua menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah bersama warga UiTM yang hadir.

Program itu membuktikan hubungan erat antara institusi diraja dan institusi pendidikan dalam memperkasakan kebajikan serta pembangunan mahasiswa.

Selain itu, ia platform mengeratkan ukhuwah antara warga universiti dan kepimpinan negeri malah menzahirkan semangat ihsan serta keprihatinan terhadap golongan memerlukan.

Inisiatif itu selaras aspirasi UiTM dalam melahirkan graduan yang seimbang dari segi akademik, sahsiah dan menerapkan nilai murni dalam kalangan mahasiswa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya