Sultan Kelantan tunai sunat Aidilfitri bersama rakyat

Sultan Kelantan tunai solat sunat Aidilfitri bersama rakyat

SULTAN MUHAMMAD V
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat di Masjid Jamek Muhamadi di sini pada 1 Syawal nanti.

Ketua Istiadat Kelantan Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal berkata, baginda akan berangkat ke masjid berkenaan pada pukul 8,30 pagi untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

“Selesai menunaikan solat, baginda bersama Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah akan berangkat ke Majlis Penghadapan di Istana Balai Besar untuk sambutan hari raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Mohamed Faziharudean memberitahu, sehari sebelum Aidilfitri, baginda akan  berangkat menziarahi Makam D’Raja Langgar pada pukul 5 petang.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN