SMART bantu mangsa gempa Myanmar - Utusan Malaysia

SMART bantu mangsa gempa Myanmar

GAMBAR dari udara menunjukkan tapak bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh di Bangkok, semalam sehari selepas gempa bumi melanda tengah Myanmar dan Thailand.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia mengatur gerak Pasukan Khas Bantuan dan Mencari dan Menyelamat Bencana Malaysia (SMART) ke Myanmar susulan gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah negara itu serta utara Thailand, kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia me­rakamkan rasa dukacita dan simpati mendalam terhadap insiden tersebut serta menzahirkan komitmen penuh sebagai rakan solidariti dalam komuniti ASEAN.

Jelasnya, pasukan SMART tiba di Yangon semalam bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan paling terjejas.

“Gempa bumi yang berpusat di Myanmar bukan sahaja mengorbankan nyawa dan mencederakan ramai malah turut menyebabkan kemusnahan besar terhadap bangunan serta infrastruktur awam.

“Lebih memilukan, terdapat laporan mengenai mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, manakala usaha menyelamat sedang dijalankan dalam keada­an mencabar,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, ASEAN bersedia untuk membantu Myanmar dan Thailand dalam usaha tindak balas bencana, selaras de­ngan keutamaan yang ditetapkan oleh kedua-dua negara.

Katanya, negara-negara anggota ASEAN akan berkoordinasi secara rapat melalui Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana (AHA Centre).-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya