Skuad Bantu Kuala Krai tawar bantuan kecemasan kepada anak perantau bermula hari ini

Skuad Bantu Kuala Krai tawar bantuan kecemasan kepada anak perantau bermula hari ini

SKUAD Bantu Kuala Krai menawarkan bantuan kecemasan kepada anak-anak perantau yang berdepan dengan masalah kereta atau kenderaan mereka rosak semasa perjalanan pulang ke kampung halaman bermula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Skuad Bantu Kuala Krai menawarkan bantuan kecemasan kepada anak-anak perantau yang berdepan dengan masalah kereta atau kenderaan mereka rosak semasa perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Aidilfitri bermula hari ini.

Ketuanya Md. Zaidi Mat Rashid berkata, perkhidmatan itu akan berakhir pada Ahad sekitar pukul 3 pagi.

 “Selain kerosakan, kami turut membantu kereta atau kenderaan yang mengalami tayar pancit dan kemalangan kecil.

“Untuk kerosakan melibatkan bahagian enjin, kami (Skuad Bantu) akan menggunakan perkhidmatan trak tunda dan membawa kenderaan itu ke bengkel berhampiran untuk dibaiki,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Md. Zaidi memberitahu, Skuad Bantu Kuala Krai turut menyediakan 15 buah pacuan empat roda yang digerakan bagi membantu anak-anak sekiranya mereka berdapan masalah.

Katanya, usaha itu bertujuan membantu kelancaran aliran trafik sepanjang musim perayaan.

“Kawasan operasi kami melibatkan kawasan sekitar jajahan ini bermula dari Dabong, Manik Urai, Guchil dan Telekong selain Jalan Jeli-Tanah Merah serta Machang.

“Perantau yang ingin mendapatkan bantuan boleh menghubungi talian 01111001091 (Idi Pokdi), 0109090555 (Tuan Fadhir), ‪0199394886‬ (Yoe) dan ‪0136019824‬ (Mad Laluan Jeli-Tanah Merah-Machang),” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Afnan Hilmi Kamaluddin yang menawarkan trak tunda dari AF Towing berkata, bantuan tersebut bertujuan memudahkan urusan anak-anak perantau sekiranya mereka berdepan masalah.

Katanya, kenderaan yang mengalami kerosakan kami akan tunda ke kawasan selamat atau bawa terus ke bengkel dibaiki.

“Laluan di Gua Musang-Kuala Krai semakin sesak apabila jumlah kenderaan dijangka terus bertambah bermula hari ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya