Situasi tidak menentu, elak berkunjung ke Selatan Thailand

Situasi tidak menentu, elak berkunjung ke Selatan Thailand

MOHD. Nassuruddin Daud (kanan) beramah mesra dengan pelajar semasa  melawat makmal komputer di SMU (A) Tarbiah Diniah Meranti, Pasir Mas, Kelantan malam tadi-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kerajaan Kelantan menasihatkan rakyat negeri ini supaya tidak mengambil risiko berkunjung ke selatan Thailand termasuk membeli juadah untuk berbuka puasa susulan insiden letupan bom dan berbalas tembakan pada 8 Mac lalu.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, situasi itu menyaksikan kawasan tersebut masih berada dalam keadaan tegang dan dilihat tidak selamat untuk dikunjungi.

“Saya berharap rakyat Kelantan tidak berkunjung ke Selatan Thailand kecuali jika ada hal-hal mustahak yang tidak dapat dielakkan.

“Tidak perlu sampai ke Pekan Golok, Thailand untuk membeli juadah makanan, di sini (Kelantan) pelbagai pilihan makanan ada dijual di bazar Ramadan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ihya’ Ramadan & Penyerahan Dana Zakat Wakalah di Sekolah Menengah Ugama (SMU) (A) Tarbiah Diniah Meranti, di sini, malam tadi.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, pihaknya tidak mahu sebarang insiden melibatkan rakyat tempatan berlaku terutama menjelang sambutan hari raya Aidilfitri.

Katanya, pada pada masa sama penduduk di kawasan sempadan Sungai Golok diingatkan supaya berhati-hati dan patuh dengan nasihat semasa pihak berkuasa.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, dua anggota sukarelawan pertahanan terkorban, manakala lapan lagi cedera dalam letupan bom di Sungai Golok, Narathiwat.

Dalam insiden kira-kira 7 malam (waktu tempatan) Sabtu, sekumpulan lelaki bersenjata menaiki dua pacuan empat roda menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok.

Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Nitti Suksang mengesahkan kumpulan itu melepaskan tembakan dan melontar bom tangan ke arah sukarelawan pertahanan sedang bertugas.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya