Sistem e-penempatan KKM tidak telus - Utusan Malaysia

Sistem e-penempatan KKM tidak telus

Hartal Doktor Kontrak menyifatkan KKM tidak mengambil tindakan serius untuk menilai semula sistem penempatan elektronik atau e-penempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada tindakan serius diambil oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga kini untuk menilai semula sistem penempatan elektronik atau e-penempatan meskipun aduan mengenai isu tersebut telah lama disuarakan.

Jurucakap Hartal Doktor Kontrak berkata, perkara itu menimbulkan kekecewaan dalam kalangan doktor muda kerana sistem penempatan yang digunakan ketika ini didakwa tidak telus serta berpotensi menimbulkan pelbagai masalah teknikal.

Katanya, sistem yang pada asalnya bertujuan memudahkan proses penempatan kini menjadi punca kekeliruan dan tekanan emosi dalam kalangan pegawai perubatan.

“Malah, situasi tersebut menjadi lebih membebankan apabila penempatan dilakukan tanpa mengambil kira keadaan keluarga, tahap kesihatan serta ke­perluan logistik para doktor.

“Sejujurnya, tiada maklum balas yang jelas. Dalam sidang media baru-baru ini pun, langsung tiada rasa kesal atau tanggungjawab daripada pihak atasan.

“Kelemahan sistem ini bukan sahaja menjejaskan proses penempatan doktor, malah turut memberi kesan kepada kehidupan peribadi dan kesejahteraan mental mereka yang terlibat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, akhbar ini me­laporkan bahawa kumpulan Hartal Doktor Kontrak mendesak KKM agar segera membaiki sistem e-placement bagi mengelakkan kekeliruan berulang yang membebankan pegawai kesihatan.

Menurutnya, masalah teknikal yang berlaku menyebabkan ramai pegawai terpaksa mengambil cuti dan menanggung kerugian akibat tempahan awal penginapan serta pengangkutan.

Sementara itu, beliau berkata, pelaksanaan sistem e-penempatan sering menjadi rungutan ke­rana ada doktor yang dipindahkan ke hospital yang terlalu jauh tanpa mengambil kira keperluan dan situasi peribadi mereka.

“Antara masalah utama ialah sistem sering crash, menyebabkan proses pemilihan hospital terganggu.

“Malah, ada juga doktor yang sudah membuat pilihan, tetapi apabila menyemak semula, nama hospital itu hilang dari sistem dan mereka terpaksa memilih semula hospital lain,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’ secara tidak langsung memberi kelebihan kepada mereka yang mempunyai capaian internet laju berbanding individu yang berada di kawasan dengan liputan internet lemah.

“Sebagai contoh, seorang doktor yang sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan menjaga ibu bapa uzur sepatutnya diberi ke­utamaan untuk ditempatkan berhampiran keluarga. Namun, situasi ini langsung tidak diambil kira.

“Ini menimbulkan persoalan tentang ketelusan sistem pe­nempatan yang seolah-olah tidak mengambil kira faktor kemanusiaan,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya