Sepasang ular sawa batik 'ceroboh' kawasan pejabat ditangkap

Sepasang ular sawa batik ‘ceroboh’ kawasan pejabat ditangkap

APM Kota Bharu bersama kakitangan Pejabat Cawangan Kawalan Penyakit (Vektor), Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sepasang ular sawa yang ‘menceroboh’ kawasan bilik stor di Pejabat Cawangan Kawalan Penyakit (Vektor), Jalan Mahmood, di sini, berjaya ditangkap oleh kakitangan selepas ditemukan oleh seorang pekerja pembersihan.

Kehadiran reptilia itu disedari oleh pekerja pembersihan semasa mahu mencuci stor berkenaan pada pukul 9 pagi.

Terkejut dengan penemuan itu, pekerja berkenaan telah memaklumkan kepada pihak pejabat dan empat kakitangan bertindak mememang ular berkenaan selama 15 minit bertujuan menggelakan replitia tersebut melarikan diri sebelum anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu tiba.

Pegawai APM Kota Bharu, Kapten (PA) Muhammad Shafie Rosslee berkata, kedua-dua ular sawa yang ditangkap itu seberat 50 kilogram.

Katanya, ular tersebut dipercayai keluar dari longkang berhampiran pejabat berkenaan untuk mendapatkan makanan.

“Ular berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut,” ujarnya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya