Sampah bazar Ramadan Selangor turun 40 peratus

Sampah bazar Ramadan Selangor turun 40 peratus

Sisa bazar Ramadan
RAMLI Mohd Tahir mengagihkan sumbangan dan insentif Aidilfitri kepada kakitangan KDEB pada Majlis Santunan Ramadan Bersama Pekerja Pembersihan Anjuran Yayasan Amal Asas, di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jumlah sampah domestik yang dikutip oleh KDEB Waste Management (KDEBWM) terutama sisa makanan bazar Ramadan di Selangor sehingga semalam mencatatkan penurunan lebih 40 peratus.

Penurunan tersebut dilihat berbanding tahun lalu yang mencatatkan purata sampah domestik kira-kira 70 tan metrik sehari di tempat sama.

Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd. Tahir berkata, kesemua bazar itu meliputi 9,832 petak niaga di 152 lokasi tujuh pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Namun, pemerhatian kita sepanjang 20 hari Ramadan ini mendapati jumlah itu menurun lebih 40 peratus iaitu hanya sekitar 40 tan.

“Sampah itu kebanyakkannya sisa makanan yang dibuang orang awam termasuk peniaga bazar,” katanya ketika ditemui pada majlis Santunan Ramadan Pekerja Sektor Pembersihan, malam tadi.

Tambahnya, penurunan itu berlaku berikutan faktor kesedaran tinggi peniaga dan pengguna bagi mengelak pembaziran.

“Peniaga bazar kini mungkin telah mengehadkan jualan mereka dalam jumlah tertentu terutama juadah makanan. Pengunjung juga sedar untuk hanya membeli apa yang perlu berbanding memenuhi kehendak sekali gus tidak membazir,” ujarnya.

Kata Ramli, kutipan sampah di kawasan perumahan, perindustrian dan komersial turut mencatatkan penurunan bulan ini.

“Kebiasaannya, jumlah kutipan mencecah 7,000 tan sehari namun ia berkurangan sehingga 6,000 tan setakat ini.

“Namun, KDEB kekal bersiap siaga melaksanakan tugas seperti biasa termasuk ketika sambutan Aidilfitri nanti terutama melibatkan kawasan perumahan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya