RUU Pekerja Gig lindungi 1.16 juta pekerja terlibat - Utusan Malaysia

RUU Pekerja Gig lindungi 1.16 juta pekerja terlibat

RUU Pekerja Gigi bertujuan menjaga kebajikan seluruh pekerja gig yang selama ini beroperasi di luar skop undang-undang buruh tradisional-UTUSAN/GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig bukan untuk melindungi mata pencarian dan kebajikan satu pihak sahaja tetapi memberi manfaat kepada lebih 1.16 juta penggiat bidang tersebut di negara ini.

Pengerusi Sekretariat Ke­satuan Pekerja dan Gig Ekonomi UMNO Malaysia, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ekonomi gig bidang yang luas merangkumi e-hai­ling, p-hailing, pekerja bebas, pemuzik, pereka grafik, jurugambar perkahwinan, penulis dan penganalisis kandungan, pengurus media sosial, akauntan bebas, penyunting video dan pengaturcara.

“Penggubalan RUU ini perlu dilihat secara keseluruhan ekosistem industri gig itu. Ia bukan untuk melindungi mata penca­rian dan kebajikan satu pihak sahaja tetapi semua penggiat industri ini demi kesejahteraan mereka.

“Jadi saya harap, semua pihak yang terlibat dalam industri ini supaya faham bahawa penggubalan RUU ini adalah penting kerana ia membabitkan soal keselamatan lebih satu juta penggiatnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Khamis lalu, beberapa syarikat penyedia perkhidmatan ekonomi gig menggesa kerajaan memperhalusi RUU Pekerja Gig sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat bagi memastikan pelaksanaannya lebih jelas, praktikal dan tidak menjejaskan ekosistem pekerjaan fleksibel ini.

Dalam kenyataan bersama, syarikat terbabit seperti Bolt, FastGig, foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare, Lalamove dan ShopeeFood menegaskan, pendekatan yang le­bih menyeluruh diperlukan bagi memastikan RUU berkenaan benar-benar memberi manfaat kepada pekerja gig serta industri secara keseluruhan.

Mohd. Sharkar berkata, RUU itu bertujuan menjaga kebajikan seluruh pekerja gig yang selama ini beroperasi di luar skop undang-undang buruh tradisional dan sekian lama berjuang dalam keadaan yang tidak terjamin.

“RUU ini adalah game changer yang dilakukan kerajaan kerana beberapa negara di dunia yang sudah melaksanakan akta ini seperti Amerika Syarikat, India serta negara-negara jiran sedang melakukannya.

“RUU ini akan menyediakan jaringan keselamatan untuk pekerja gig dengan perlindu­ngan yang menyeluruh. Ia termasuk kemudahan rawatan perubatan dan simpanan masa depan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya