MOSCOW: Russia dan Ukraine bersetuju untuk menghentikan serangan ketenteraan di Laut Hitam dan tapak tenaga semasa rundingan yang dikendalikan Amerika Syarikat (AS), kelmarin. Sebagai insentif pertama kepada Moscow, Washington menawarkan kelonggaran ke atas eksport pertanian Russia. Washington dalam kenyataan berkata, semua pihak akan terus berusaha ke arah perdamaian kekal, yang akan membuka semula laluan perdagangan penting. Menurut Rumah Putih, mereka juga komited untuk mengambil langkah bagi menguatkuasakan larangan serangan terhadap infrastruktur tenaga masing-masing. Namun, Russia menegaskan gencatan senjata tentera laut hanya akan berkuat kuasa selepas beberapa sekatan terhadap perdagangan makanan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya