Roti john laris, 500 bungkus habis dalam masa tiga jam - Utusan Malaysia

Roti john laris, 500 bungkus habis dalam masa tiga jam

MOHD. Helmi Roslan tekun menyiapkan tempahan pembeli di Bazar Ramadan Metropark Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hanya dalam tempoh tiga jam, jualan roti john yang diusahakan Mohd. Helmi Roslan, 33, di bazar Ramadan Metropark Sendayan di sini laris dan mendapat sambutan pada hari pertama jualan kelmarin.

Dia berkata, 500 bungkus roti john yang djualnya habis dalam tempoh tiga jam yang disifatkannya sebagai luar biasa.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat mengga­lakkan dan orang ramai sanggup beratur panjang.

“Sebanyak 500 bungkus roti john yang disediakan pada hari pertama laris terjual dalam tempoh tiga jam sahaja iaitu dari pukul 4 petang sehingga 7 petang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Katanya, dia turut membuka gerai jualan yang sama di dua buah bazar Ramadan di Port Dickson.

“Secara keseluruhannya, jua­lan di ketiga-tiga bazar yang di­raih pada hari pertama Ramadan semalam adalah kira-kira RM10,000,” katanya lagi.

Menurut Mohd. Hafizi,olahan ramuan istimewa yang digunakan menjadikan roti john yang dijualnya sering menjadi tum­puan ramai.

“Untuk penghasilan ramuan sahaja kami masak sehingga tiga ke empat jam,” katanya yang memberitahu menu yang selalu menjadi pilihan ramai adalah Roti John Ayam Crispy yang dijual pada harga RM12.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN