Remaja putus jari, dua rakan melecur angkara mercun - Utusan Malaysia

Remaja putus jari, dua rakan melecur angkara mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang remaja putus jari tangan kiri manakala dua rakannya melecur pada bahagian badan mereka selepas dipercayai terkena letupan mercun buatan sendiri dalam kejadian di asrama sebuah sekolah agama di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, dalam kejadian  kira-kira pukul 4.40 petang itu, ketiga-tiga pelajar berusia 15 dan 16 tahun dihantar ke Hospital Jeli di sini untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.48 petang selepas dimaklumkan oleh pegawai perubatan hospital berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga pelajar sekolah itu dipercayai membuat mercun sendiri dengan memasukkan belerang ke dalam sebuah botol bersama batu kerikil untuk dijadikan bahan letupan.

“Mercun itu bagaimanapun meletup sehingga menyebabkan ketiga-tiga pelajar terbabit melecur pada beberapa bahagian badan manakala salah seorang mangsa berusia 16 tahun putus jari tangan kirinya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Kamarulzaman memberitahu, ketiga-tiga pelajar itu berada dalam keadaan stabil dan mereka dirawat di Unit Kecemasan Hospital Jeli di sini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya