Rakyat Pahang dijemput meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Chini - Utusan Malaysia

Rakyat Pahang dijemput meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Chini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Rakyat negeri ini dijemput untuk memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada hari raya kedua di Dewan Dato’ Shahbandar, Chini, Pekan dekat sini.

Majlis itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi dan akan berakhir sekitar pukul 2 petang.

Wan Rosdy dalam hantaran di Facebooknya berkata, satu lagi majlis rumah terbuka Aidilfitri akan diadakan pada 5 April ini di Laman Sejahtera Jelai, Sungai Koyan, Lipis bermula pukul 10.30 pagi.

“Dengan penuh rasa sukacita, saya menjemput seluruh rakyat di negeri Pahang untuk bersama-sama hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri yang akan diadakan di Chini dan di Jelai ,” katanya di sini hari ini.

Majlis rumah terbuka ini bukan sahaja menjadi platform untuk merapatkan hubungan antara pemimpin negeri dan rakyat, tetapi juga sebagai kesempatan untuk berkongsi kegembiraan dalam suasana penuh kemesraan.

Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai juadah istimewa sinonim perayaan Aidilfitri serta berpeluang beramah mesra bersama pemimpin negeri ini.

Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan hadir bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini dalam suasana muhibah dan kekeluargaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN