Raja Muda Perlis santuni pasukan keselamatan - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis santuni pasukan keselamatan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) bermesra dengan murid-murid di Pulau Banggi, Sabah sewaktu berkenan mengikuti Program Eksesais Perlis-Sabah 2025 (Eks Perbah). -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUDAT: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyantuni pasukan keselamatan, di sini, menerusi Program Eksesais Perlis-Sabah 2025 (Eks Perbah), semalam.

Keberangkatan tiba baginda di Marina Jetty disambut oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun dan Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim.

Menerusi lawatan itu, baginda berkenan mengunjungi pos di Pulau Balambangan dengan diiringi sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Selepas itu, baginda ke Pulau Malawali yang menempatkan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Batalion 16 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Sabah.

Dalam lawatan sama, baginda juga berkenan ke Pulau Jambongan yang turut menempatkan Pos ATM dengan melibatkan kerjasama kawalan keselamatan di perairan tanah air daripada Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Selain itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menyampaikan sumbangan kepada setiap petugas di pos berupa peralatan harian untuk keselesaan pegawai dan anggota yang bertugas.

Antara sumbangan lain diberikan adalah seperti peralatan mandian, sistem lampu solar, televisyen, tangki air, buku, chest freezer, mesin rumput, karpet surau dan pelbagai lagi.

Baginda turut berkesempatan beramah mesra dengan penduduk setempat di pulau-pulau berkenaan dan menyelami kehidupan mereka di sana.

Sebagai rekod, Eks PerBah merupakan program cetusan Tuanku Syed Faizuddin bermula sejak tahun 2003 sebagai tanda sokongan moral buat anggota keselamatan yang bertugas di sempadan perairan negara di Sabah.

Mengakhiri lawatan, delegasi Eks PerBah turut singgah di Balai Polis Karakit dan berkesempatan meninjau ke kawasan sekitar Pulau Banggi.

Tuanku Syed Faizuddin turut menghadiri Majlis Iftar Ramadan bersama warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya