PRK Ayer Kuning: Armada Perak harap PN pilih calon muda

PRK Ayer Kuning: Armada Perak harap PN pilih calon muda

SYED LUKMAN HAKIM SYED MOHD. ZIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak menggesa Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon muda dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kerana mereka memahami aspirasi generasi baharu dan mampu menarik sokongan pengundi muda.

Ketua Armada Bersatu Perak, Syed Lukman Hakim Syed Mohd. Zin, berkata ia juga selari dengan fokus Armada yang memberi tumpuan kepada golongan belia di 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) malah undi pengundi muda dianggap kritikal kerana mereka berperanan besar dalam menentukan keputusan PRK ini.

“Golongan muda bersifat dinamik, ikuti perkemba­ngan semasa, serta berfikir secara mendalam sebelum membuat keputusan.

“Kita akan mendekati mereka di Ayer Kuning sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri dengan program berbentuk kemasyarakatan bagi mengukuhkan sokongan kepada PN Tapah.

“Ini penting bagi memahami ‘mood’ dan kecenderungan mereka sebelum kami merangka strategi yang lebih berkesan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rak­yat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah akibat serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada PRU15, Ishsam mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru, mengalahkan calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon PRK itu pada 12 April, hari pengundian awal ditetapkan pada 22 April depan dan hari pengundian 26 April melibatkan 31,897 pemilih dengan peruntukan kos kira-kira RM2.5 juta.

Kerusi DUN Ayer Kuning menjadi kubu kuat BN sejak lapan penggal lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN