Pokok tumbang ‘cemari’ Pantai Cherating Lama - Utusan Malaysia

Pokok tumbang ‘cemari’ Pantai Cherating Lama

ANTARA pokok kelapa dan ru tumbang yang mencemarkan persekitaran Pantai Cherating Lama di Cherating, Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pemandangan di sekitar Pantai Cherating Lama di sini, dicemari dengan pokok ru dan kelapa tumbang sejak tiga bulan lalu yang boleh memberi imej negatif terhadap kawasan pelancongan itu khususnya pengunjung luar negara.

Seorang penduduk Kampung Inn yang hanya ingin dikenali sebagai Sukiam berkata, keadaan itu berlaku sejak Disember tahun lalu ekoran hakisan yang melanda pantai tersebut.

“Sejak hakisan itu, banyak pokok ru dan kelapa tumbang di pantai ini. Mana yang boleh kita bersihkan, memang kita ambil buang. Tetapi pokok tumbang yang besar, mana mampu saya dan penduduk di sini angkat, ia mencemari keadaan di pantai ini yang se­ring dikunjungi pelancong khususnya dari luar negara.

“Bagi saya, saya malu melihat keadaan ini yang kesannya turut menggangu keselesaan pelancong yang hadir ke pantai ini untuk mandi,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Sukiam yang lebih 10 tahun tinggal di Kampung Inn berharap pihak berwajib segera mengalihkan pokok tumbang yang mencemari Pantai Che­rating Lama.

“Baru-baru ini pelancong asing yang hadir ke sini me­ngadu kepada pengurusan chalet di sini. Mereka kata, pokok tumbang di pantai ini mengganggu mereka untuk mandi-manda dan perlu berhati-hatI kerana bimbang terkena akar pokok kayu yang besar dan tajam,” katanya.

Menurutnya, jika dibiarkan begitu sahaja, dia bimbang pelancong tidak mahu berkunjung lagi ke pantai itu yang tidak bersih dan berbahaya.

“Sekarang pun pelancong makin kurang, kalau keadaan pantai terus dibiarkan begini, pokok tumbang tersadai begitu sahaja, tiada siapa mahu berkunjung ke sini selepas ini,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya