PGA tumpaskan penyeludupan anak pokok durian, bonsai

PGA tumpaskan penyeludupan anak pokok durian, bonsai

ANAK pokok bonsai yang dirampas PGA selepas menahan sebuah lori menerusi Op Taring Wawasan Kelantan di Rantau Panjang, Kelantan semalam.-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki yang bertindak sebagai penghantar sekali gus menumpaskan kegiatan penyeludupan anak pokok durian belanda dan pokok bonsai dalam serbuan bersaingan di sini semalam.

Serbuan sekitar 10 hingga 11 malam itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan selepas anggota PGA menahan dua buah lori dalam keadaan mencurigakan di Kampung Derdap dan Kubang Rambutan di sini.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, kedua-dua suspek yang ditangkap itu masing-masing berusia 30 dan 25 tahun.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori itu telah menjumpai lebih 15,000 anak pokok durian belanda dan 23 pokok bonsai hitam dipercayai diseludup dari Thailand.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM2.1 juta. Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua barangan rampasan itu dipercayai untuk pasaran tempatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya