PGA gagalkan cubaan seludup motosikal Yamaha RXZ

PGA gagalkan cubaan seludup motosikal Yamaha RXZ

MOTOSIKAL Yamaha RXZ yang dirampas Batalion 9 PGA selepas menahan sebuah MPV yang dipandu seorang lelaki di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dari Thailand selepas menahan seorang lelaki di Kampung Banggol Kulim di sini semalam.

Lelaki berusia 31 tahun ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan semasa membawa motosikal tersebut di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV)

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata,
hasil pemeriksaan yang dijalankan keatas MPV itu telah menjumpai sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ.

Menurutnya, semasa ditahan lelaki yang memandu MPV bernombor pendaftaran Thailand itu gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan yang sah dan motosikal.

“Kita syaki motosikal yang dianggarkan bernilai RM10,000 diseludup dari Thailand.

“Motosikal itu dibawa ke kompeni taktikal PGA Taman Bakti di sini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya