PGA gagalkan cubaan seludup 38,580 biji kelapa ke Thailand

PGA gagalkan cubaan seludup 38,580 biji kelapa ke Thailand

TRELER yang membawa muatan kelapa untuk diseludup ke Thailand berjaya ditahan Batalion 7 PGA di pangkalan haram Sekam Padi, Tumpat, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menggagalkan kegiatan penyeludupan 38,580 kelapa ke Thailand selepas menahan sebuah treler di kawasan stor pengkalan haram Sekam Padi di sini semalam.

Serbuan pukul 1.30 tengah hari turut menahan seorang seorang lelaki berusia 38 tahun yang bertindak sebagai penghantar.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan keatas treler telah menjumpai 38,580 biji kelapa dipercayai untuk diseludup ke Thailand melalui pengkalan haram.

Katanya, anggaran nilai rampasan keseluruhan termasuk treler berjumlah RM 1.03 juta.

“Kes disiasat mengikut Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA) 1965.

“Suspek dan barang rampasan telah dibawa ke ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya