Peruntukan Pembangkang: PN hantar surat kepada kerajaan minggu ini

Peruntukan Pembangkang: PN hantar surat kepada kerajaan minggu ini

TAKIYUDDIN Hassan (tengah) selepas menjadi ahli panel Forum Khas Bandar Raya Islam di Madinah Ramadan, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) akan menghantar surat kepada kerajaan minggu ini bagi membincangkan perkara berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ketua Whip PN Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, surat tersebut bertujuan mendapatkan perincian secara lebih lanjut apa yang dimaksudkan oleh kerajaan berhubung berkait soal rundingan itu.

Menurutnya, pucuk pimpinan PN telah memberikan persetujuan untuk mengutus surat kepada kerajaan bagi membincangkan perkara tersebut.

“Semasa pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lalu, kita (PN) terus jemput mereka (pembangkang) dan buat jawatankuasa. Dalam jawatankuasa itu kita bincang terma-terma dan syarat, akhirnya kita berjaya.

“Ini tiba-tiba hantar kepada kita draf, saya tak nak ulas panjang. Sepatutnya tubuh jawatankuasa dahulu, bentang apa cadangan kerajaan samaada kita setuju atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel Forum Khas Bandar Raya Islam di Madinah Ramadan, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali lagi menegaskan ruang untuk pembangkang berunding mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka masih terbuka.

Justeru, Perdana Menteri mempersoalkan tindakan pembangkang yang masih berbuat “bising” di luar, tanpa mengambil inisiatif untuk bermesyuarat mengenai isu peruntukan itu dengan kerajaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya