Permintaan ubi kayu, pisang tanduk meningkat tiga kali ganda

Permintaan ubi kayu, pisang tanduk meningkat tiga kali ganda

ubi kayu
MOHD. Noh Ngaini (kanan) menunjukkan hasil ubi kayu yang diusahakannya di Sungai Kelambu, Kuala Langat, Selangor. – MINGGUAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Permintaan ting­gi pelbagai produk kerepek sempena Aidilfitri turut mendorong permintaan bahan mentah untuk menghasilkannya seperti ubi kayu dan pisang tanduk meningkat sehingga tiga kali ganda.

Ahli Peladang Muda Pertu­buhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Mohd. Noh Ngaini, 34, berkata, menjelang sambutan hari raya, sememang­nya permintaan hasil tani ber­kenaan akan naik mendadak khusus bagi memenuhi permin­taan kilang dan usahawan kerepek di daerah tersebut.

Menurutnya, pada bulan-bulan lain, permintaan untuk ubi kayu mentah adalah sebanyak 50 tan dan pisang tanduk pula adalah sebanyak 30 tan.

“Namun permintaan untuk kedua-duanya dari pengilang kerepek boleh meningkat tiga kali ganda dua bulan sebelum menjelang bulan Syawal.

“Saya mengusahakan tanaman seperti ubi kayu dan pisang tanduk di atas tanah seluas 182 hektar yang mana saya membekalkan kesemua bahan mentah tersebut kepada seorang pengusaha kerepek.

“Pengeluaran kerepek pisang dan ubi kayu yang me­ningkat pada musim Aidilfitri menyebabkan saya perlu meningkatkan penghasilan bahan mentah walaupun berdepan seperti masalah cuaca mahu pun penyakit pokok pisang,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di ladangnya di Sungai Kelambu di sini baru-baru ini.

Katanya, peningkatan permintaan itu juga menyebabkan pihaknya perlu bijak merancang strategi penanaman ubi kayu dan pisang tanduk mengikut jadual penghantaran bahan mentah yang ditetapkan oleh pengilang.

Katanya, justeru dia dan pekerja-pekerjanya juga perlu mengikut prosedur operasi standard bagi memastikan tanaman seperti pisang tidak terkena penyakit seperti Moko atau Layu Bakteria.

“Pekerja-pekerja telah berpengalaman sejak beberapa tahun lalu bagi smenguruskan ladang yang luas ini demi memastikan tanaman ubi kayu yang memerlukan masa lapan hingga 12 tahun untuk matang.

“Bagi pisang tanduk ia memerlukan masa lebih kurang lapan bulan untuk berbunga dan buahnya perlu tiga bulan untuk matang.

“Jadi kita perlu memastikan pokok pisang tidak terkena penyakit yang mana ia boleh menyebabkan gangguan bekalan bahan mentah untuk menghasilkan kerepek,” jelasnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya