Penyeludup lari tinggalkan kereta bawa 180 liter petrol

Penyeludup lari tinggalkan kereta bawa 180 liter petrol

KERETA Proton Waja yang membawa petrol seludup berjaya ditahan KPDN di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan semalam-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang penyeludup bertindak lari meninggalkan kereta dipandunya yang membawa 10  buah tong berisi 180 liter petrol selepas diserbu oleh anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di Kampung Tersang di sini semalam.

Serbuan pukul 4.30 petang itu membabitkan nilai rampasan keseluruhan termasuk kereta bernilai RM5,000.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, suspek terus bertindak memecut laju. Anggota bertugas telah bertindak mengejar kereta tersebut.

“Sebaik tiba di Kampung Tersang, suspek telah berhenti secara mengejut dan kemudian bertindak melarikan diri dengan meninggalkan kereta yang dipandunya,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, pemeriksaan ke atas kereta itu telah menjumpai 10 buah tong yang mengandungi 180 liter petrol diletakkan di but belakang dan tempat duduk penumpang.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya