KAHERAH: Sekumpulan penyelidik dari Itali dan Scotland mendakwa menemukan sebuah ‘bandar besar’ di bawah Kompleks Piramid Giza, yang dijangka boleh mengubah sejarah Mesir Purba jika terbukti benar. Kajian, menggunakan teknologi denyutan radar untuk menghasilkan imej resolusi tinggi jauh ke dalam tanah, mendapati terdapat lapan struktur berbentuk silinder yang menjunam lebih 640 meter di bawah piramid, selain beberapa lagi struktur lain yang terletak 1,219 meter lebih dalam. Kajian yang diketuai oleh Corrado Malanga dari Universiti Pisa, Itali dan Filippo Biondi dari Universiti Strathclyde, Scotland, hanya dibentangkan dalam satu taklimat di Itali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya