Penunggang basikal maut dilanggar treler - Utusan Malaysia

Penunggang basikal maut dilanggar treler

MANGSA maut dilokasi kejadian selepas basikal dinaiki bergesel dengan sebuah lori treler di Jalan Kuantan-Kemaman di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang penunggang basikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler berhampiran persimpangan Hotel Royal Chulan, Cherating, Jalan Kuantan-Kemaman di sini.

Mangsa, Abu Hanifah Yusof, 60, dari Kampung Cherating Baru di sini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang basikal dari arah Kemaman ke Kuantan dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan bahagian sisi kiri lori treler.

“Akibat pergeseran itu, mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini

Tambah Wan Mohd. Zahari, kemalangan berlaku di jalan selekoh dua lorong dua hala dengan keadaan permukaan jalan kering serta cuaca baik ketika kejadian.

“Pihak polis sudah mengambil tindakan termasuk menjalankan pemeriksaan Puspakom ke atas kenderaan terlibat serta merakam percakapan waris mangsa. Jenazah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN