Peniaga lemang anggap sedekah tampung kenaikan harga santan - Utusan Malaysia

Peniaga lemang anggap sedekah tampung kenaikan harga santan

PROSES membersihkan buluh dilakukan sebagai persediaan awal membuat lemang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kenaikan harga santan tidak menjejaskan kos pembuatan lemang di sebalik rungutan orang ramai yang mengeluh dengan kenaikan harga bahan mentah tersebut.

Seorang peniaga lemang, Mohd. Sopi Ibrahim, 40, berkata, dia tidak berhasrat untuk menaikkan harga jualan lemang di gerainya berhampiran Bulatan Mardi di sini setelah mengambil kira pelbagai faktor antaranya modal asas pembuatan juadah tradisional itu.

Katanya, harga beras pulut dan buluh tidak mengalami kenaikan dan hanya santan sahaja yang terjejas antara RM2 hingga RM3 satu kilogram menyebabkan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga lemang pada musim pe­rayaan Aidilfitri.

“Memang terdapat pengurangan untung apabila tidak menaikkan harga jualan lemang pada tahun ini kerana kenaikan kos santan sekitar RM200 hingga RM300 untuk 1,000 batang lemang.

“Namun anggap sahaja ia sebagai sedekah kerana apa yang penting adalah dapat memenuhi pelanggan yang sememangnya menjadikan lemang sebagai salah satu hidangan wajib ketika Ramadan dan Syawal nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Mohd. Sopi, sudah 20 tahun dia mengusahakan lemang mengikut resepi warisan oleh bapanya yang tidak pernah diubah bagi mengekalkan rasa dan kelembutannya.

Ujarnya, untuk mendapatkan buluh, dia akan ke Chaah atau Segamat bagi mendapatkan bekalan daripada penduduk di perkampungan Orang Asli berhampiran.

“Alhamdulillah, sudah kira-kira 15 tahun saya mendapatkan bekalan buluh dari sana dan ia amat sesuai untuk dijadikan buluh lemang.

“Saya juga tetap menggunakan cara tradisional iaitu memasak lemang dengan cara membakar menggunakan kayu api kerana ia lebih sedap berbanding cara lain,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya