Penggali kubur meninggal dunia masa urus pengebumian jenazah bekas imam

Penggali kubur meninggal dunia masa urus pengebumian jenazah bekas imam

JENAZAH Halim Mat Razi dibawa masuk ke dalam liang lahad untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Nibong, Padang Kala, Peringat, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang penggali kubur meninggal dunia semasa mengebumikan jenazah bekas imam di dalam liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Nibong, Padang Kala, Peringat di sini semalam.

Mangsa, Halim Mat Razi, 55, disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Peringat di sini untuk pemeriksaan lanjut kira-kira pukul 2.45 petang.

Setiausaha Masjid Mukim Padang Kala, Kamaruzaman Samad berkata, semasa menyambut jenazah bekas imam berusia 76 tahun yang meninggal akibat sakit tua pada pukul 4 pagi arwah telah pengsan secara tiba-tiba pengsan ketika berada di dalam liang lahad.

“Sebelum itu, arwah telah turun ke dalam liang lahad dengan memegang penyodok dan bersiap sedia untuk menyambut jenazah bekas imam itu. Apabila berada di dalam liang lahad, arwah tiba-tiba pengsan sebelum penduduk kampung yang berada di upacara pengebumian itu terus membawanya keluar dari kubur.

“Arwah Halim kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Peringat dengan menaiki van jenazah yang membawa jenazah bekas imam itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan semasa tiba di klinik,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kamaruzaman memberitahu, jenazah Halim selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama kira-kira pukul 10 malam tadi.

Katanya, Halim yang berpengalaman selama 10 tahun sebagai penggali kubur tinggal bersama empat anak termasuk dua daripadanya orang kurang upaya (OKU) masalah pertuturan selepas kematian isteri dua tahun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya