Pengamal media bebas reman SPRM petang ini

Pengamal media bebas reman SPRM petang ini

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengamal media sebuah portal tempatan yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat hari bagi siasatan kes rasuah akan dibebaskan hari ini. 

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, lelaki tersebut akan dibebaskan pada petang ini selepas tempoh remannya tamat hari ini. 

“Ya, dia akan dibebaskan petang ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Sabtu lalu, media melaporkan wartawan sebuah portal direman empat hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk menurunkan artikel yang dimuat naik serta tidak menulis lagi tentang sebuah agensi pekerja asing yang didakwa terbabit dalam sindiket.

Perintah reman selama empat hari sehingga 4 Mac terhadap suspek dikeluarkan Majistret Beveniyah R Jothi, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Azam dilaporkan berkata, suspek lelaki ditahan 11.45 malam semalam di sebuah hotel di Shah Alam hasil aduan dan operasi dilakukan pegawai penyiasat SPRM.

“Suspek ditahan kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah, bukannya sebab laporan berita yang ditulisnya mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) seperti yang dilaporkan. 

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta wang rasuah yang besar tetapi setelah berunding, suspek bersetuju menerima kira-kira RM20,000,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya