Penduduk pelbagai kaum jayakan program nyala pelita panjut - Utusan Malaysia

Penduduk pelbagai kaum jayakan program nyala pelita panjut

PENDUDUK pelbagai kaum bersama menyalakan pelita panjut di sekitar kawasan taman perumahan Medan Klebang Pertama di Ipoh, Perak kelmarin. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pelbagai kaum memeriahkan tradisi menyalakan pelita panjut di sekitar kawasan taman perumahan Medan Klebang Pertama di sini kelmarin.

Program itu digerakkan Persatuan Penduduk Medan Klebang Pertama dengan pemasangan lebih 500 pelita panjut termasuk menggunakan 40 batang buluh membabitkan laluan sepanjang 30 meter.

Lebih menarik penduduk pelbagai kaum bergotong-royong mencari buluh, membeli bekas pelita dan melakukan hiasan untuk menjayakan program pelita panjut tersebut.

Seorang penduduk, Krish Kirbagaren, 30, berkata, ini kali pertama dia merasai pengalaman memasang pelita panjut.

Katanya, dia seronok kerana dapat menyumbang tenaga menyediakan keperluan buluh untuk dijadikan panjut buluh.

“Mula-mula rasa ragu-ragu juga sama ada saya boleh buat atau tidak pelita panjut ini tetapi bila dah tengok hasilnya malam ini, saya rasa puas hati sangat.

“Tradisi pemasangan pelita panjut itu mendekatkan hubu­ngan antara kejiranan, sekali gus membuktikan bahawa kerjasama dan perpaduan antara kaum masih utuh,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penduduk Medan Klebang Pertama, Muhammad Khalish Nantha Rajendran berkata, perumahan itu baru sahaja dibuka tiga tahun lalu de­ngan jumlah penduduk sekitar 500 orang.

Ujar beliau, matlamat penganjuran pesta panjut yang kali pertama diadakan itu bagi mengembalikan nostalgia kemeriahan malam tujuh likur yang biasanya dirasai di kawasan kampung tradisi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya