PETALING JAYA: Perdana Menteri membidas kenyataan sesetengah pihak terutamanya Ahli Parlimen sendiri yang mempertikaikan pendapatan mereka adalah sangat rendah sehingga terpaksa berhutang demi menjalani kehidupan seharian. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seorang Ahli Parlimen adalah layak untuk dibayar Elaun Tetap sebanyak RM25,700 sebulan. Bahkan, katanya, mereka juga layak untuk menerima elaun serta tuntutan lain mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. “Apabila dicampurkan jumlah ini terdapat Ahli Parlimen yang menerima pendapatan mencecah RM30,000 hingga RM40,000 seperti yang saya maklumkan sebelum ini. “Sekali lagi, saya ingin menasihatkan setiap Ahli Parlimen untuk bijak mengurus…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya